Baru sahaja keluar dengan tajuk the happiness, now keluar pulak tajuk the sadness. Hidup ni kadang-kala kita di bawah, kadang-kala kita di atas. Tapi, semua itu sebenarnya bergantung pada kita bagaimana nak menilaikan sesuatu tentang diri kita. Apa yang kita rasakan kita di bawah itu adalah mainan perasaan je sedangkan kita tak sedar yang membuatkan kita berperasaan macam tu adalah berpunca pada diri kita sendiri. Yang mencorak hidup kita adalah bagaimana cara kita membuat sesuatu keputusan di dalam hidup kita. Pemikiran kita atau pemikiran semua manusia amat berbeza-beza dan unik. Kita sering rasa susah hati dan rasa putus asa menyebabkan kemurungan tetapi yang sebenarnya, kemurungan itu yang menyebabkan kita rasa susah hati dan rasa putus asa. Kita berpusing-pusing di dalam bulatan masalah maka kita tidak dapat elak dari masalah yang akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan juga berpunca dari sikap yang suka membuat perbezaan diri kita dengan mereka. Mereka yang kita anggap di atas dan memiliki apa yang kita tidak ada.
Biarlah sejauh mana mereka pergi, tidak mustahil kita mampu mengejar mereka. Biarlah mereka bangga dengan apa yang mereka ada, tidak mustahil kita akan ada apa yang mereka ada. Biarlah mereka sombong dengan kita asalkan kita tidak sombong dengan orang lain. Biarlah mereka rasa diri mereka bagus walaupun jelas akan kelemahan mereka. Yang paling penting, kita berjaya membuat keputusan terbaik untuk hidup kita. Mungkin sekarang kita tidak nampak, tetapi kemudian hari tidak ada yang mustahil.
Masing-masing ada jalan cerita masing-masing, tidak ada yang sama. Sebarang keceriaan atau kemurungan yang kita hadapi adalah perkara yang semua orang akan alami. Tidak ada yang terlepas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSometimes, we need rival, we need idol in our life... for the word of "moving forward"
ReplyDelete