Friday, April 24, 2009

5 Sebab Kenapa ClickBank Menjadi Pilihan Usahawan Internet



Di antara beberapa syarikat yang menawarkan program affiliate dan servis pemprosesan bayaran kad kredit, ClickBank menjadi pilihan ramai.
Sebelum ini, penjanaan wang di ClickBank memang banyak dipelopori oleh usahawan-usahawan internet daripada luar negara kerana cuma pertengahan tahun 2008 sahaja ClickBank mula membuka pendaftaran daripada Malaysia. Kini, jika anda bergiat aktif di dalam bisnes internet, anda akan perasan bahawa semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia mula menjana pendapatan melalui ClickBank. Namun begitu, kenapa ClickBank menjadi pilihan ramai walaupun terdapat banyak lagi program affiliate yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia. Pasti ada sebab kenapa ClickBank begitu diminati dan saya berikan 5 daripada sebab-sebab tersebut.

1. Lebih 10,000 seleksi produk sedia untuk dipromosikan

ClickBank mempunyai ribuan produk digital daripada pelbagai kategori untuk affiliate mempromosikan produk-produk ini. Produk-produk yang terdapat di dalam “marketplace” ClickBank terdiri daripada ebook, perisian dan laman-laman web keahlian. Dengan tersedianya produk-produk ini di ClickBank, maka soal mendapatkan produk untuk dijual di Internet tidak lagi menjadi masalah. Anda cuma pastikan produk mana untuk djual dan terus lakukan pemasaran affiliate. Ini secara tidak langsung akan memudahkan lagi sesiapa sahaja untuk mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet.

2. Komisyen jualan dibayar tepat pada waktunya

Sesetengah program affiliate dikendalikan oleh syarikat-syarikat persendirian. Mereka akan membuat pembayaran kepada affiliate mereka berdasarkan terma dan syarat-syarat tertentu. Malangnya ada sesetengah syarikat atau orang persendirian ini tidak jujur di dalam pembayaran komisyen affiliate. Ada yang lewat membayar komisyen dan yang lebih teruk lagi, ada yang langsung tidak bayar komisyen affiliate.
ClickBank pula sudah beroperasi bertahun-tahun lamanya di Internet dan mereka mempunyai kredibiliti yang kukuh di dalam bidang ini. Bayaran affiliate memang tepat pada masanya, dan bergantung kepada bagaimana anda membuat arahan di ClickBank, anda akan mendapat cek komisyen jualan affiliate anda setiap seminggu atau dua minggu sekali.

3. Pendaftaran percuma bagi affiliate

Tidak semua program affiliate sama. Ada program affiliate mengenakan bayaran sekali seumur hidup untuk menyertai mereka dan ada juga memerlukan anda membayar tiap-tiap bulan. Sebelum anda menjana pendapatan melalui program sebegini, anda sudahpun dikenakan bayaran.
ClickBank pula membenarkan sesiapa sahaja menjadi affiliate mereka secara percuma. Tiada yuran bulanan dikenakan dan tiada syarat anda membeli sesuatu untuk menjadi affiliate ClickBank. Anda cuma perlu daftar di https://www.clickbank.com/accountSignup.htm dan mula mempromosikan produk ClickBank sebagai affiliate.
Pada masa yang sama, ClickBank juga membuka peluang untuk sesiapa sahaja menjual produk mereka sendiri di ClicBank. Cuma yuran pengaktifan sebanyak USD$49.95 sekali sahaja bagi setiap satu produk dikenakan. Pengaktifan ini membolehkan anda menerima kad kredit sebagai salah satu cara anda menjual produk digital anda di Internet.

4. Jenama yang dipercayai

ClickBank sudah lama bertapak di Internet dan mereka mempunyai pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Kini, ClickBank juga menambah pembayaran melaui PayPal ke akaun mereka bagi memberi alternatif kepada kad kredit.
Sudah ramai orang menggunakan perkhidmatan ClickBank dan mereka tahu bahawa pembelian produk melalui ClickBank adalah selamat. Sekiranya anda menggunakan ClickBank sebagai servis menerima pembayaran melalui kad kredit, besar kemungkinan bakal pelanggan anda tidak akan ragu-ragu lagi berurusan dengan anda jika mereka lihat anda menggunakan servis ClickBank.

5. Laporan jualan “real-time”

ClickBank juga memberi laporan jualan secara “real-time” atau masa sebenar jualan dihasilkan. Contohnya, jika anda berjaya menghasilkan jualan pada masa sekarang, anda boleh login ke akaun ClickBank anda dan lihat laporan jualan terseput dipaparkan. Dengan cara ini, ianya memudahkan anda mengetahui berapakah jualan yang anda hasilkan pada masa-masa dan hari-hari tertentu.
Begitulah beberapa sebab mengapa ClickBank menjadi pilihan usahawan-usahawan internet tempatan dan luar negeri. Penjanaan wang melalui ClickBank juga tidak lagi mustahil buat masyarakat Malaysia. Cuma anda perlu tanya diri anda sama ada anda tergolong di dalam kumpulan tersebut atau tidak.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah salah seorang usahawan Internet dari Malaysia yang telah mula menjana pendapatan di Internet semenjak tahun 2003. Dengan usahasama Zamri Nanyan bersama Gobala Krishnan, mereka menerbitkan satu produk “best-seller” hangat bertajuk Sistem Rahsia ClickBank dan anda boleh mendapatkannya di http://www.RahsiaClickBank.com sekarang sebelum saingan anda mengetahui rahsia yang mereka kongsikan bersama di dalam pakej istimewa ini.

Sunday, April 19, 2009

Have you ever seen this McDonald Commercial on TV?



Have you seen this commercial on TV before? It has been advertised during Euro 2008. That was McDonald Commercial for the last year. What was interesting with it?
Read the original story at howImetyourhotmother/blog, it is super f%#**king idea came out from mynotveryhotsfriend's brain known as Roket Saintis or whatever!!

Friday, April 17, 2009

Mari berforum!

Baru-baru ni, disebabkan kebosanan yang terlampau amat, aku telah mengaktifkan diri dalam dunia berforum. Tahukah mereka dan anda diluar sana, ape faedahnya berforum ni? Berforum ni adalah cara untuk kita berkomunikasi bersama internet user yang lain dengan saling bertukar pendapat, penyelesaian masalah, berdebat tentang sesuatu perkara dan banyak lagi di dalam sesuatu website itu. Berforum juga adalah salah satu cara untuk memulakan perniagaan internet. Sambil anda berkongsi pendapat atau membantu orang di forum, anda juga dapat mempromosikan perniagaan anda dengan cepat. Sekiranya, anda mempunyai sesuatu untuk dipromosikan, boleh la promosikan ia ke forum website yang berkaitan. Tetapi berforum ini juga ada adabnya tersendiri dan ia bergantung kepada rules of forum untuk sesuatu website itu. Melakukan spamming, merosakkan suasana di dalam forum dengan post-post yang agak keterlaluan dan too much political issues, semua ini amat dilarang sekali dan boleh diambil tindakan oleh webmaster sesuatu website itu. Jadi, berhati-hati lah ketika berforum agar tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Mari kita lihat senarai forum-forum yang sedang hangat di Malaysia hari ini.

* http://www.mesra.net/forum/
* http://forum.jiwang.org/
* http://forum.lowyat.net/
* http://www.melayu.com/perkampungan/
* http://www.tokeikedai.net.my/forum/
* http://www.sifoo.com/forum/
* http://www.carigold.com/portal/forums/
* http://www.wangcyber.com/
* http://www.shutterasia.com/
* http://bincang.net/forum/
* http://forum.gempaq.com/
* http://www.bicarajutawan.com/forum/
* http://www.sabahforum.com/forum
* http://nogold.com/forum/
* http://www.topix.com/forum/world/malaysia
* http://www.photomalaysia.com/forums/
* http://mforum4.cari.com.my/
* http://www.tanyasifu.com/forum
* http://wanitamelayu.com/forum/
* http://www.kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=Forums
* http://www.webmastermalaysia.com/
* http://www.malaysiabloggers.com/
* http://www.pcmoddingmy.com/forum/
* http://forum.chip.com.my/
* http://forum.mypdacafe.com/
* http://www.terato.com/forum/
* http://www.jomlayan.com/mybb/
* http://syokbisnes.com/forum/

Saturday, April 11, 2009

The Best and Fastest goal ever - FIFA online games





FIFA Online 2009, the most often online game that I play until now. Lately, I've made one goal which it was very funny and interesting. This is purpose for sharing only because I don't know whether there are still got the fastest goal in FIFA Online 2 made by any other gamers. But, this is something interesting I've made spontaneously. When the game just started, I kicked the ball from the middle of the field and it was a Goal within a few seconds. I don't aspected the ball went to the right spot. Anyway,this is my info Manager ID : Arzul, Current team : Tottehnam Hotspur, when you see my Manager ID, please be don't be shy to try me..huhu!

Friday, April 10, 2009

Anime review : The Akatsuki




Do you love anime? Anime, in addition to manga (Japanese comics), is extremely popular in Japan and well known throughout the world. Anime can be released by television broadcast, directly to video, theatrically, as well as online. I am sure that you might be one of the anime fan. I am definitely anime fan too and the anime I like the most is Naruto as well as Naruto Shippuuden. I am crazy about Akatsuki organization in Naruto series. Akatsuki is a criminal organization composed of ten high-level ninja that have defected from their village of origin.
Each of them having a big name as a first class shinobida in all regional. Akatsuki members are characterized by their long, dark cloaks bearing red clouds with a chin-high collar. Each also possesses a unique ring, which seems to symbolize one's membership in the organization. Members are partnered together in teams of two, each team sticking together as they traverse the Naruto world. Akatsuki goal is to capture the nine powerful tailed beasts called biju and Naruto is one of the target because the powerful beast with nine tails has been sealed in his body. The members of Akatsuki is :-

  • Pain (He is the leader of Akatsuki and the powerful shinobi)
  • Konan (She's ability is to change herself and anything become paper, She also Pain's assistant)
  • Zetsu (He is Akatsuki Spy and His job to collect information for Akatsuki)
  • Uchiha Itachi (He is from Uchiha clan,the powerful clan in the world, he left his brother Uchiha Sasuke in Hidden Village of Konoha)
  • Hoshigaki Kisame (He was one of the Seven Swordsmen of the Mist, a group of violent ninja that use particularly large swords in battle.
  • Kakuzu (He is controller of Akatsuki financial and seeker of valuable bounties. He own 5 hearts including himself and the one ever fought with the first hokage)
  • Hidan (He is immortal and he bring along his religion as his strength in the battle)
  • Deidara (He acted as a terrorist bomber for hire before being forced to join Akatsuki by Uchiha Itachi and he is the one took down Gara the Kazekage)
  • Sasori (He is master of puppet from sand village and He took down The First Kazekage and turned him to be his puppet)
  • Tobi (He is the replacement after Sasori killed by Oldhat and Sakura and the more interesting here Tobi is founder of Akatsuki and He hide behind the mask. No body knows that he is actually Uchiha Madara except Pain and Konan)
  • Orichimaru (He betrayed and left Akatsuki, He built his own organization and bring Itachi brother, Uchiha Sasuke join together. He is the one who killed The Third Hokage).
They are actually 11 of them but since Orichimaru left the Akatsuki together with the ring, so there were no replacement and Orichimaru purposely did that to corrupted Akatsuki goal. Tobi was replacement of Sasori. The total members left are 9 only. For more further details, you can follow Naruto Shippuuden series at Realitylapse.com or you also can read Manga at iNaruto.net. For those who are really fanatic about Naruto, hope you all enjoy it. See ya

Sunday, April 5, 2009

Datuk Seri Mohd Najib Perdana Menteri ke 6


Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah diangkat oleh Yang Dipertuan Agung Malaysia Mizan Zainal Abidin sebagai Perdana Menteri ke-6 pada Jumaat, 3 April lalu di Istana Negara menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengundur diri secara rasmi.
Bekas PM Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengadap Yang Dipertuan Agung Malaysia Mizan Zainal Abidin di Istana Negara Kuala Lumpur pada Khamis lalu untuk menyatakan hasrat beliau untuk undur. Pengunduran itu diterima baik dan istiadat pelantikan, angkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia berjalan dengan lancar walaupun 81 ahli parlimen parti pembangkang membantahnya. Datuk Seri Mohd Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum lalu.
Datuk Seri Mohd Najib dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, beliau merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah. Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974. Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976. Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. Pada tahun 1982, Datuk Seri Mohd Najib telah dilantik menjadi Menteri Besar Pahang dan seterusnya peningkatan beliau dalam bidang politik. Dalam kabinet 2008, Datuk Seri Mohd Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008 telah dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan.
Bermulanya status sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu, Datuk Seri Mohd Najib telah mengambil tindakan untuk melepaskan tahanan tahanan di ISA, membenarkan Akhbar Pas, Keadilan dan the best part is beliau telah membawa Tun Mahathir masuk Umno semula.

Source - malaysiakini.com