
Aku nak share sikit pasal kereta. Sebut je pasal kereta, lelaki mesti suka. Semua orang pun suka kereta atau giler kereta. Bukan apa, aku just nak share pengalaman projek kereta di rumah sendiri dan perasaan dapat enjin baru dan bukan kereta baru. Kereta baru tu belum sampai waktunya lagi walaupun yang sedia ada ni pun dah takda hutang. Walaupun bukan BMW, Mercedez, Honda atau lain-lain, bersyukur atas apa yang ada dan berusaha for the better. I always lovin' it.
Projek ini dijalankan oleh Mee Auto Specialist iaitu adik aku sendiri, Mee (Kini Pomen fulltime di sekitar area batu gajah/ipoh) dengan kerjasama adik-beradik aku yang lain dan termasuk akulah. Sebelum tu, flashback asal-usul kereta aku. Jeng..jeng..jeng!
Asalnya kereta aku dulu macam ni....

.jpg)
Sementara menunggu penghantaran enjin ke rumah, kereta aku berjaya dibogelkan dalam masa beberapa hari. Dari interior sehinggalah ke bahagian enjin.
Enjin yang dinanti-nantikan telah sampai iaitu 1.5 dohc Mitsubishi 4G91. Mileage tak sampai 90,000km pun, dashboard dan kesemua button electronic berfungsi dengan baik sekali. Tapi awas!! jangan sesekali letak muka dilubang aircond pada dashboard yang masih dipenuhi dengan serbuk kaca windscreen yang telah dipecahkan ketika enjin itu di "test". Bahaya tu. Aku nyaris kena. wawawa....
Dan finally, kereta aku siap on road after few days. Proses pendaftaran enjin baru berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah. Cuma satu je yang tak puas hati ketika di Puspakom apabila pekerjanya telah merosakan keadaan fizikal rim lenso aku. Agak-agak la...aku beli rim tu dengan duit aku bukan dengan duit mak bapak korang!! Heh...
Apa-apa pun, dengan keupayaan enjin sekarang, aku dapat bergerak selesa kemana sahaja.


Anyway, thanks to my siblings (Mee Auto Specialist Team => MAS-T) for the corporation and NICE JOB!!
Mee Auto Specialist - Pembukaan bengkel Batu Gajah (coming soon)

waaa...aku nak anta kete aku kat mee autosepaselis...bole?
ReplyDeletebole kalo nak antar..tp kena tunggu bengkel dibuka terlebih dahulu .. kemungkinan april ni..
ReplyDelete