Sunday, August 1, 2010

Peragut bangsat

Salam,

Ini kisah benar yang terjadi beberapa hari yang lepas. Peragut sekarang sentiasa berada di mana-mana sahaja tidak kira tempat, waktu dan sebagainya. Ketika jam menunjukkan pukul 8.45 pagi, tunangku tiba ke opis lewat sedikit, keadaan di luar opis masa tu agak sepi sikit sebab orang semua dah masuk dan tengah setting nak start keje. Tunangku pulak parking kereta jauh dari opis sebab di opis tu memang payah sikit nak park kete ni. Keutamaan parking diberikan kepada kaum-kaum banyak duit je. Dengan tubuh yang kecil, tunangku berjalan dari parking ke opis yang mengambil masa 2 ke 5 minit. Dalam perjalanan beliau ditempat, yang tiada orang lagi masa tu, seorang mamat yang menunggang motor berjacket merah dan berhelmet tutup mengekori tunangku yang ketika itu mengepit beg tangannya yang berisi pelbagai juadah, termasuk juadah untuk mamat tu juga. Tunangku tidak menyedari kedatangan bakal peragut tersebut dan akan tetapi tunangku beralih dari bahu jalan ke kaki lima. Mungkin beliau tidak mahu diterangi matahari pagi gamaknya. Bakal peragut tersebut dengan gahnya membawa motosikal beliau masuk ke kaki lima juga. Hebat! Tapi tunangku masih tidak menyedari peragut tersebut ada di belakangnya. Tiba-tiba tunangku menyedari ada sebijik kereta bewarna hitam pula cuba rapat dengannya. Takkan kereta tu pun nak naik atas kaki lima juga kan?? Pada masa yang sama, tunangku mula sedar bahawa ada motor di belakang yang cuba menghampirinya. Keadaan masa tu membuatkan tunangku cemas lalu melihat pemandu kereta hitam itu dengan ekor matanya. Ditolehnya dengan laju dan kedengaran suara dari dalam kereta tersebut, "iza!! Jalan cepat, jalan cepat, ada orang ikut belakang" ahhh!! Rupanya, opis mate tunangku dalam kereta tu. Tunangku lantas pandang belakang dan peragut tersebut semakin hampir dengannya. Agaknya peragut tersebut terkejut dan takut gamaknya dengan pemandu kereta hitam tu lalu keluar dari kaki lima dan pergi jauh dari tunangku. Tapi yang bestnya, opis mate tunangku tadi, terus memandu kedepan meninggalkan tunangku sendirian semula. Bila ditanya balik kenapa, rupa-rupanya opis mate tunangku itu pun cemas dan mengeletar. Orang puteh kata panic. Orang perempuan la katakan. Tunangku terus bergegas laju menuju ke opis yang tak jauh dari situ. Alhamdulillah, tunangku selamat daripada peragut bangsat. Tetapi peragut tersebut masih berlegar-legar disitu seperti ingin melakukan sesuatu kepada opis mate tunangku tadi. Kata tunangku, beliau tidak nampak jelas muka peragut tersebut tetapi beliau hanya agak- agak mungkin india, mamak atau indon. Perghh!! bahaya betui sekarang. So, next time, yang pasti, tunangku tak akan berjalan di situ seorang diri lagi. Takkan ku benarkan. Di situ pun dah ada banyak kes sebelum ni. Ada jugak kes terjadi kepada opis mate yang lain, beliau diragut, di tikam dan disentap sampai jatuh. Hmphh!! sampai macam tu sekali peragut nak dapatkan apa yang dorang nak. So, bagi kaum wanita khas untuk yang jenis lone ranger, please la, be extra careful. Peragut sentiasa berada di mana-mana zaman sekarang ni. Target dorang wanita sahaja. Elakkanlah berjalan ditempat yang sunyi dan elakkan menjadi berani di tempat yang tak sepatutnya. Apa pun, syukur, tunangku tak apa-apa dan terima kasih kepada opismate tunangku tadi. Kalau takde beliau, tak tau lah apa akan jadi..

1 comment: