Twojuh - Kadang-kadang kita akan rasa macam tak percaya pun ada. Eh!! Betul ke aku dah nak kawin?? Masa berlalu begitu cepat tanpa kita sedari. Ye la kan, sedar tak sedar sudah pun mencecahkan 27 tahun umurnya. Ingatkan masih 18 tahun lagi. Rasa fizikal diri pun macam tak banyak bezanya padahal perutnya sudah makin ke depan. Belum kawin lagi tu, lepas kawin nanti agaknya kempis la tu. Bila sebut bab kawin ni pastinya akan menyentuh perubahan hidup yang ketara. Orang kata sebelum kawin lain, selepas kawin lain. Walaupun orang tidak berkata macam tu, ia tetap sama jugak. Itulah lumrah kehidupan dan lumrah perkahwinan. Kawin ini pada diri aku sendiri adalah suatu permulaan hidup baru dan perubahan yang baik boleh berlaku jika diterapkan perancangan baru pada permulaannya. Tetapi jika tidak dikawal maka ia akan menyebabkan perubahan yang tak baik. Orang kata kawin ini ibarat perjudian. Betul ke?? Aku tak kawin lagi, so aku tak boleh berkata sebarangan. Tapi yang pasti aku tidak memperjudikan soal kawin ini dalam hidup aku sendiri. Harap-harapnya semua berjalan dengan lancar sama ada sebelum, semasa atau selepas kawin. Usahakannya lebih baik dan apa yang terjadi kemudian barulah kita terima dengan redha, semua itu sudah ada hikmahnya tersendiri. Pada kawan-kawan yang sudah berkahwin, jagalah keharmonian rumah tangga anda yang sedia ada kerana kawin ini bukan untuk sehari dua dan ia adalah sehingga selamanya. Aku tampak beriya dalam hal ini kerana aku mahu apa yang aku mahukan. Usaha tangga kejayaan, kebahagiaan dan kejayaan, kebahagiaan tangga kepuasan. Post ni hanya nak berkongsi sebab tengah meyakinkan diri untuk bersedia menghadapi anjakan paradigma tak lama lagi. Cabaran, dugaan sentiasa ada menemani perjalanan ke gerbang perkahwinan. Sekian..
*Hang jebat bakal lahir..
No comments:
Post a Comment