Baru-baru ni, aku pergi bercuti di Pulau Langkawi dengan family. Percutian berancang ini melibatkan lebih kurang 35 orang termasuk kanak-kanak dan baby. Perghh..ramaikan. Percutian ini juga dikepalai oleh "Abang", dia adalah abang sulung dalam family 8 beradik aku. Kitaorang bertolak dari Ipoh pada pada pukul 2.30 pg dan melibatkan tujuh buah kereta termasuk family in Law abang sulung aku. Tu yang meramaikan lagi rombongan ini. Aku biasala bawa kereta sendiri dengan wife dan puteri kesayangan, Aliya. Kecik-kecik dah pegi Langkawi. heh!!
Sampai di Jeti dalam pukul 7 lebih dan mak aiii!! Macam ulat taik je Jeti Kuala Perlis ni. Dengan ramainya, sempitnya, panasnya. Kesian anak aku. Tapi sekali sekala panas apa salahnya kan Aliya. Bayangkan dari pukul 8.00 pg menunggu menaiki feri untuk tiket 9.30 pg, disebabkan delay, pukul 11 lebih baru dapat naik feri. Sistem operasi di jeti Kuala Perlis amatlah teruk. Ni komen ikhlas ni. Aku tau mungkin terlampau ramai orang datang Langkawi sempena musim cuti sekolah ni, thats why they can't handle this large amount of people. But, I've surveyed they were not in proper way of servicing customers. Totally not systematic. Sampai nak bergaduh pun ada tu. Nasib baik tak jadi macam dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Dashyat betui Langkawi ni. Kitaorang semua sampai di Langkawi pukul 12 tgh. Time matahari dah terpacak dilangit. Hehe. Bertolak tengah pagi buta tu. Tapi apa-apa pun, sampai je langkawi, release semua masalah, pening dan penat. Yahoo..
Tahun lepas, aku pegi honeymoon dengan wife aku. Waktu tu bukan cuti sekolah, maka memang best la berjalan. Takdelah jamm dengan kereta, van ataupun orang macam sekarang ni. Maklumlah, cuti sekolah. Dah la cuti sekolah, krimas pulak tu. Perghh..bertambah-tambah ramai la orang kat Langkawi. Pelancong-pelancong asing pun boleh tahan jugak ramainya. Tapi, diorang ni, waktu di Jeti boleh kira ramainya. Maknya sikit sangat. Bila masuk je Langkawi, mana-mana pun semua mat saleh. Baik ada yang naik moto, naik van, jalan kaki, jogging, berbasikal, berkemban dan meratalah diorang ni. What I know about them, most of them came here by plane and accommodated at budget hotel or cheaper chalet. They spent few days here and then travelled to other places. Their holiday are not like us, 3 hari 2 malam. They went for vacation at least one month. Kat Langkawi ni, bersepah mat dan minah saleh ni. I think they love hot weather here. Malaysian are more to cold weather. Biasalah tu. Dah sejuk nak panas, dah panas nak sejuk pulak. Berbalik dengan ceciter Percutian aku dengan family di Langkawi tadi. Kalo sape-sape yang tercari-cari kedai makan murah dan cepat bagi keluarga yang besar. Aku rekemenkan kedai Nasi Ayam Haji Md Noor yang terletak di Pekan Kuah. Kitaorang seramai 35 orang diservis dengan cepat dan murah. Alhamdulillah. Nak tau kedai tu kat mana, on la GPS ye.
Bagi memudahkan pergerakan di sekitar Langkawi ni, "Abang" telah chartered 3 buah van untuk 2 hari. Kos untuk chartered van sahaja dah mencecah RM1800. Homestay pulak terletak di sekitar kampung makam mahsuri. "Abang" sewa 2 homestay dengan jumlah bilik adalah 8 kesemuanya. Memang selesa sangatlah, tapi jauh la dari laut. Hari yang sama kitaorang hanya berlegar-legar sekitar pekan kuah sahaja. Shopping la apa lagi. Tu je pun yang dapat buat pada lewat petang tu.
Hari kedua di Langkawi ialah hari menunggu menaiki kereta cable yang menuju ke puncak gunung. Tunggu separuh hari, tapi duduk di atas sana tak sampai sejam pun. Alahai.. anak aku pulak meragam bila naik. Bila turun gelak pulak. Aliya, Aliya. Kemudian, kitaorang pegi "Mangrove", (tak berapa ingat apa nama aktiviti tu). "Abang" amik 3 bot sekali dan bot tersebut bawa kitaorang pegi mangrove iaitu pusing pusing kawasan terpencil di Pulau Langkawi, singgah di gua kelawar, bukan gua musang ye. Waktu di gua kelawar, wife aku dok luar dengan Aliya. Aku tak bawa anak aku takut nanti sekali dia menjerit, lintang pukang kelawar-kelawar tu terbang.
Two hours spent on the bot with my family including my 4 months baby, Aliya. We went to see the greenness and the blueness of bumi Allah. That was what had washed our naked eyes since we reached here. Actually, a lot of things to share here. But, since time and space are limited, I extended this story by telling you'll readers with pictures.
For those who don't know where and what is Langkawi. Do free to open Malaysia Map and or asked directly uncle Google and untie Yahoo!! about Langkawi Malaysia. There is definitely nice place to visit. Hope the government also will take some actions to improve the services to make convenient for the tourist. And last but not least, WE LOVE LANGKAWI and DEFINITELY WE WILL COME AGAIN but not in school holiday season.
No comments:
Post a Comment