Monday, August 30, 2010

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Maher Zain - Open Your Eyes

Saturday, August 28, 2010

Walimatul Urus

Bila masanya sudah hampir tiba, maka hati mula berdebar-debar.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan yang indah

Kringggggg!!!! Alarm berbunyi di tengah pagi hari, jam menunjukkan pukul 5.00 pagi, aku pula semakin menarik selimut kerana terasa sejuknya sehingga menusuk ke tulangku. Walaupun selimut menutupi hampir keseluruhan tubuhku, tetapi mataku tidak dapat ditutupi lagi. Ku intai di tirai jendelaku yang kekuningan disinari lampu-lampu neon, suasana kembali sepi selepas alarm berhenti. Kesunyian, kesejukan dan lampu-lampu neon yang mencuri masuk ke dalam bilikku membuatkan diriku terasa teruja. Tiap-tiap ramadhan, aku dapat merasakan keindahannya dan sukar untuk merasainya pada malam-malam biasa. Inilah keunikan ramadhan, suasana yang sungguh romantik untuk aku mendekatkan diriku denganNya. Menyedari masa berdetik pantas, aku lantas bangun dari kamarku dan bersiap untuk bersahur bersama keluarga tersayang. Ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir untuk aku sambut sebagai seorang yang bujang dan tidak lama lagi, aku bakal menyambutnya berdua iaitu bersama isteri tercinta. Jika kemudian itu aku sudah berpindah kerumah lain, maka akan agak jaranglah untuk diriku merasa keenakan masakan mak ku. Aku pasti akan merindui saat-saat ramadhan di rumah mak ku. Imsak kian hampir kepenghujungnya, aku masih bersama mak, bapak, adik dan abang ku di dapur menikmati juadah bersahur. Suasana sepi subuh hari itu dipecahkan dengan bunyi-bunyian dari lagaan sudu dan pinggan yang tanpa henti. Alhamdulillah ke atas limpah rezeki yang Allah turunkan pada keluargaku dan kami dapat bersahur dengan makanan yang sempurna. Aku tersentak dan teringat pada mereka-mereka yang hidup susah, tidak bersahur seperti aku dan keluargaku dan di dalam hatiku tertanya-tanya, ramaikah orang yang bernasib begini di dalam dunia ini. Aku merasakan diriku berada di dalam golongan orang-orang yang bernasib baik. Hidup berjaya adalah bukan hanya kerana harta semata-mata tetapi hidup dengan rasa penuh kesyukuran. Aku tidak perlu kaya untuk merasai keindahan ramadhan, aku tidak perlu kaya untuk merasai segala keindahan ciptaanNya. Selesai bersahur, aku menghirup udara segar di luar rumahku bertemankan bunyi-bunyian dari cengkerik dan sebagainya. Aku berdiri di bawah lampu neon di luar rumahku, suasana sepi dan kesejukan. Beberapa minit kemudian, azan berkumandang menunjukkan tibalah waktu subuh dan tamatlah waktu untuk bersahur. Setelah puas aku merasai suasana pagi ramadhan yang indah ini dan tibalah masa untuk aku bersyukur dengan cara perbuatan pula iaitu solat subuh 2 rakaat. Aku lantas masuk kembali ke rumah untuk bersiap menunaikan kewajipan. Hari ini adalah hari ke 4 aku berpuasa dan aku masih ada 26 hari lagi untuk menikmati suasana pagi ramadhan yang indah ini. Alhamdulillah. Sama-samalah kita muhasabah diri di bulan ramadhan ini. Sekian, wasalam..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

*Photo from Yahoo image
Salam,

Buat pengunjung blog ini yang beragama Islam, Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun ini, 1431H dan semoga kita sama-sama dapat merebut pahala dan keberkatan yang terbuka luas selama sebulan di bulan mulia ini. Untuk diriku, ini adalah ramadhan terakhir aku sambut sebagai seorang bujang dan di masa akan datang insyaAllah jika umur panjang, aku akan menyambutnya lagi bersama isteri tercinta.

Saturday, August 7, 2010

The 27th - part 4

Salam,

Ramadhan bakal tiba! Rindu juga aku kat bulan mulia ni. Tapi yang pasti aku terasa masa cepat berlalu meninggalkan semua benda di belakang. Sekarang pun dah Ogos dah, tinggal lagi sebulan je untuk menghadapi hari bersejarah dalam hidup aku. Detik yang amat aku nanti-nantikan. Tanggungjawabku akan jadi triple dan semua lelaki akan mengalaminya. Luckly, umur 27 aku bakal menamatkan zaman bujangku. Bulan ramadhan ni juga akan menentukan tahap plan 27 aku, sejauh mana yang aku dah buat dan sejauh mana kemampuan aku. Semuanya akan terbukti di bulan mulia ini. Stage seterusnya akan lebih berkali ganda dugaan dan cabarannya, so itulah tujuan aku mendirikan plan 27 untuk diri aku sendiri. Apa yang penting!!?? Berpegang pada asas agama kita iaitu Islam. Walaupun kita dah ada plan, tetapi tiap-tiap plan itu mestilah ada asas Islam. Kalau takde, ternyata plan akan hancur serta-merta. Itu je yang dapat tangkap setakat ni. Tanpanya, ibarat kita memandu di dalam gelap, tiada signboard dan tiada line putih. Semua orang muslim pun tau kan!!? Semua tu amat penting sekarang ni tambah lagi dalam menempuh alam berumah tangga. This is something huge and compulsory to everyone. Hmm.. it is between me and inside me. Apa-apa pun, kita hanya merancang je kan, Allah yang akan tentukan jawapan dan keputusannya.

Thursday, August 5, 2010

Short Moment with CEO

30Jul2010-The Chief Executive Officer (CEO) Of Maybank Bhd had his visit in Perak this whole week. Dato Seri Abdul Wahid Omar, as the leader of the Maybank Bhd visited branch by branch in Perak. My boss wanted to make something different to welcome Dato Seri. Since he (my boss) saw me performed on stage last december 2009, he decided to makes another aquastic performance. I am not quite interested on his idea actually, but because of his out of the normal spiritual, I have to. I start to be excited after a few friend of mine joined the show. So, we took only a week to get the song live. It is Maybank's song actually. On the day that Dato Seri Abdul Wahid arrived, we played well and clearly in front of Dato Seri and fellow Maybankers. It doesn't matter played a few minutes to welcome Dato Sri, it is still being one of the best moment in my life even is was short one. After 9 years working here, this is first time I had met CEO face to face. Thanks Maybank.

Sunday, August 1, 2010

Peragut bangsat

Salam,

Ini kisah benar yang terjadi beberapa hari yang lepas. Peragut sekarang sentiasa berada di mana-mana sahaja tidak kira tempat, waktu dan sebagainya. Ketika jam menunjukkan pukul 8.45 pagi, tunangku tiba ke opis lewat sedikit, keadaan di luar opis masa tu agak sepi sikit sebab orang semua dah masuk dan tengah setting nak start keje. Tunangku pulak parking kereta jauh dari opis sebab di opis tu memang payah sikit nak park kete ni. Keutamaan parking diberikan kepada kaum-kaum banyak duit je. Dengan tubuh yang kecil, tunangku berjalan dari parking ke opis yang mengambil masa 2 ke 5 minit. Dalam perjalanan beliau ditempat, yang tiada orang lagi masa tu, seorang mamat yang menunggang motor berjacket merah dan berhelmet tutup mengekori tunangku yang ketika itu mengepit beg tangannya yang berisi pelbagai juadah, termasuk juadah untuk mamat tu juga. Tunangku tidak menyedari kedatangan bakal peragut tersebut dan akan tetapi tunangku beralih dari bahu jalan ke kaki lima. Mungkin beliau tidak mahu diterangi matahari pagi gamaknya. Bakal peragut tersebut dengan gahnya membawa motosikal beliau masuk ke kaki lima juga. Hebat! Tapi tunangku masih tidak menyedari peragut tersebut ada di belakangnya. Tiba-tiba tunangku menyedari ada sebijik kereta bewarna hitam pula cuba rapat dengannya. Takkan kereta tu pun nak naik atas kaki lima juga kan?? Pada masa yang sama, tunangku mula sedar bahawa ada motor di belakang yang cuba menghampirinya. Keadaan masa tu membuatkan tunangku cemas lalu melihat pemandu kereta hitam itu dengan ekor matanya. Ditolehnya dengan laju dan kedengaran suara dari dalam kereta tersebut, "iza!! Jalan cepat, jalan cepat, ada orang ikut belakang" ahhh!! Rupanya, opis mate tunangku dalam kereta tu. Tunangku lantas pandang belakang dan peragut tersebut semakin hampir dengannya. Agaknya peragut tersebut terkejut dan takut gamaknya dengan pemandu kereta hitam tu lalu keluar dari kaki lima dan pergi jauh dari tunangku. Tapi yang bestnya, opis mate tunangku tadi, terus memandu kedepan meninggalkan tunangku sendirian semula. Bila ditanya balik kenapa, rupa-rupanya opis mate tunangku itu pun cemas dan mengeletar. Orang puteh kata panic. Orang perempuan la katakan. Tunangku terus bergegas laju menuju ke opis yang tak jauh dari situ. Alhamdulillah, tunangku selamat daripada peragut bangsat. Tetapi peragut tersebut masih berlegar-legar disitu seperti ingin melakukan sesuatu kepada opis mate tunangku tadi. Kata tunangku, beliau tidak nampak jelas muka peragut tersebut tetapi beliau hanya agak- agak mungkin india, mamak atau indon. Perghh!! bahaya betui sekarang. So, next time, yang pasti, tunangku tak akan berjalan di situ seorang diri lagi. Takkan ku benarkan. Di situ pun dah ada banyak kes sebelum ni. Ada jugak kes terjadi kepada opis mate yang lain, beliau diragut, di tikam dan disentap sampai jatuh. Hmphh!! sampai macam tu sekali peragut nak dapatkan apa yang dorang nak. So, bagi kaum wanita khas untuk yang jenis lone ranger, please la, be extra careful. Peragut sentiasa berada di mana-mana zaman sekarang ni. Target dorang wanita sahaja. Elakkanlah berjalan ditempat yang sunyi dan elakkan menjadi berani di tempat yang tak sepatutnya. Apa pun, syukur, tunangku tak apa-apa dan terima kasih kepada opismate tunangku tadi. Kalau takde beliau, tak tau lah apa akan jadi..