Tuesday, March 31, 2009
Jom daki Gunung Kinabalu
Tempat ni aku dah pergi dan berjaya jejak kaki di puncaknya pada tahun 2007. Dah lama dah, tapi masa tu aku tak ada blog lagi. So, disebabkan sekarang aku dah ada blog, aku ceritakanlah sikit pengalaman aku kat sana. Aku pergi ke Sabah pada 23 - 26 Jun 2007, firstime naik kapal terbang plak tu. Masa tu aku pergi sana sebab ikut kelab kembara company dan tujuan ke sana pun sebab nak mendaki Gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu. Sampai di Kotakinabalu je terus shoot ke area kaki gunung di mana tempat penginapan kitaorang. Cuaca masa tu pun dah tak boleh tahan, sejuk sangat. Esok awal pagi baru start meredah hutan menuju ke check point seterusnya iaitu Laban Rata. Pendakian bermula dari Timpohon Gate. Boleh tahan jauhnya, 6km menuju ke atas, tu belum ke puncaknya lagi. Dari pagi tu ikut je trek yang sedia ada dan tiap2 kilometer ade tempat untuk beristirehat. Kitaorang sampai ke Laban Rata pada lewat petang jugak la. Di Laban Rata tu ade rest house, so kitaorang rehat kat situ semalam. Keadaan masa tu aku memang dah tak boleh tahan sebab sejuknya 2 kali ganda dari sejuk masa di kaki gunung sehinggakan aku terpaksa memakai 2 helai t shirt dan 2 helai sweater skali gus. Tidur pun kena pakai glove. Memang sejuk bangat. Keadaan makin bertambah rumit pada aku sebab aku demam la pulak masa kat atas tu. Esoknya, subuh2 lagi kitaorang dah start gerak untuk menuju ke Low Peak (Kawasan puncak Gunung Kinabalu). Aku demam2 pun terpaksa lawan, kalau tak rugi je la datang kan. Barang2 kitaorang tinggalkan di rest house dan berlenggang ke atas sebab kali ni pendakian lebih mencabar. Tujuan mendaki pada waktu subuh sebab nak tengok suasana matahari terbit di puncak nanti. Tapi disebabkan aku demam dan pendakian yang amat lembab, aku tak sempat nak lihat suasana tu. Frusted gak la, takpelah atleast sampai jugak ke puncak walaupun dah terang. Jadi la kan. Walaupun cahaya matahari dah terpancar pagi tu, cuaca tetap sejuk sampai aku tak boleh duduk lama kat puncak tu. Terus je turun balik selepas setengah jam berada di atas puncak. Tak boleh tahan beb. Bayangkanlah dua hari punya journey semata-mata nak duduk setengah jam je kat atas tu. But even it was too short, it still being one of best moment I had in 2007. Keindahan masa kat atas tu memang superb dan sampai hari ni aku tak boleh lupakan suasana tu. Masa kat atas tu la jugak kita boleh lihat betapa kecilnya kita di atas muka bumi ini. Macam mana kita lihat semut macam tu la kecilnya bila kita melihat kawan kita dibawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...wow....best nie...sahabat,jengok2 la kat www.kuntauadventure.blogspot.com
ReplyDeleteada xpdc trans tt..jom la join...
thx for the info.. kalo ade lg aktiviti pls hit me k..
ReplyDelete