Sunday, April 5, 2009

Datuk Seri Mohd Najib Perdana Menteri ke 6


Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah diangkat oleh Yang Dipertuan Agung Malaysia Mizan Zainal Abidin sebagai Perdana Menteri ke-6 pada Jumaat, 3 April lalu di Istana Negara menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengundur diri secara rasmi.
Bekas PM Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengadap Yang Dipertuan Agung Malaysia Mizan Zainal Abidin di Istana Negara Kuala Lumpur pada Khamis lalu untuk menyatakan hasrat beliau untuk undur. Pengunduran itu diterima baik dan istiadat pelantikan, angkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia berjalan dengan lancar walaupun 81 ahli parlimen parti pembangkang membantahnya. Datuk Seri Mohd Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum lalu.
Datuk Seri Mohd Najib dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, beliau merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah. Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974. Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976. Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. Pada tahun 1982, Datuk Seri Mohd Najib telah dilantik menjadi Menteri Besar Pahang dan seterusnya peningkatan beliau dalam bidang politik. Dalam kabinet 2008, Datuk Seri Mohd Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008 telah dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan.
Bermulanya status sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu, Datuk Seri Mohd Najib telah mengambil tindakan untuk melepaskan tahanan tahanan di ISA, membenarkan Akhbar Pas, Keadilan dan the best part is beliau telah membawa Tun Mahathir masuk Umno semula.

Source - malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment