Friday, July 29, 2011

Ramadhan untuk kita

Salam,

Alhamdulillah! Ramadhan tiba lagi. Bulan yang di nanti-nantikan kini muncul kembali untuk kita umat Islam. Bulan mulia di mana umat Islam seluruh dunia berkejaran memperhebatkan amalan-amalan mereka dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T. Kita akan melaksanakan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa selama sebulan. Bermulanya Ramadhan nanti, syaitan akan dirantai dan inilah masanya untuk kita memperbaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh mereka. Kita juga bakal menikmati malam-malam indah di bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua sama-sama dapat muhasabah diri dan tidak ketinggalan dari menjadi orang yang untung di bulan mulia nanti. Saya, penulis blog yang biasa saja ini ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam seluruh dunia Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment