Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang berbeza dengan sebelumnya dalam hidup aku. Kalau Ramadhan sebelum ini adalah Ramadhan terakhir berstatuskan bujang, kali aku bakal menyambutnya berstatuskan suami dan bapa. Tahun ini, untuk pertama kalinya, aku akan menyambut Ramadhan bersama isteri tersayang. Keseronokan ini ibarat didarabkan dengan 2 apabila isteriku bakal melahirkan anak yang sulung dalam pertengahan bulan Mulia ini. Ramadhan tahun 1432 amat bermakna bagi aku apabila bakal menyambutnya bersama isteri dan anak tersayang. Tidak lupa, aku juga bakal menyambutnya dengan Ibu tersayang. Saat-saat yang indah apabila menikmati juadah berbuka daripada Ibuku. Semua itu aku tidak boleh lupa sampai bila-bila. Yang pasti, Ramadhan ini, aku akan sibuk dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan kehidupan. Aku ingin mengejar apa yang ditawarkan oleh Allah SWT pada bulan Ramadhan ini dan menikmati kebahagian Ramadhan bersama keluargaku, keluarga mertuaku, Isteri dan anak tersayang. Doakanlah semoga Ramadhan demi Ramadhan kita akan mengaut keuntungan pahala untuk bekalan kita di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment