Thursday, July 14, 2011

Indahnya Hidup Bersyariat

Salam,

Pada kawan-kawan yang suka membaca buku-buku ilmiah. Saya nak rekemen buku ini.
Indahnya Hidup Bersyariat
(Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat).
Terbitan Telaga Biru dan ditulis oleh Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.

Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Ianya amat sesuai untuk kita jadikan rujukan pada bila-bila masa. Dan buku ini boleh didapati dimana-mana kedai buku ilmiah berhampiran atau klik link di bawah sekiranya berminat nak beli online.

Telaga Biru

No comments:

Post a Comment