Sunday, April 11, 2010

Perasmian Bengkel Mee Auto Specialist

Salam,

Akhirnya, tercapai jugak impian adik aku, Mee untuk buka bengkelnya sendiri. Sebelum ni, sudah bertahun adik aku mula berkecimpung dalam bidang mekanik tetapi hanya buat dirumah sahaja. Dengan sokongan kuat daripada family, maka berdirilah bengkel Mee Auto Specialist di tengah-tengah pekan lama Batu Gajah. Perasmian Bengkel Kereta Mee Auto Specialist pada hari ini, ahad 11 April 2010, jam 11 pagi berjalan dengan lancar sekali. Perasmian dimulakan bukan dengan memotong ribbon tetapi dimulakan dengan bacaan doa selamat. Tidak ada sepatah atau apa-apa pepatah dari tuan punya bengkel sempena perasmian hari ini tetapi dengan iringan doa para tetamu yang hadir sudah cukup untuk menjadi bekal Mee Auto Specialist sepanjang journey-nya yang bermula hari ini. Pada sesiapa yang duduk di Batu Gajah bolehlah menghantar kenderaan sekiranya berlaku kerosakan atau sekiranya sekadar ingin service pun boleh jugak. Support-lah bengkel anak melayu kita.
p/s : Ada jugak orang yang datang bertanya "ada apa ni? bukak restoran ke?" Yela..meja makan dah terbentang depan bengkel dan orang yang lalu lalang plak mesti la ingat ada perasmian restoran. Nak makan free le tu. Huhu..Lagi pun kain rentang yang tergantung tu, orang ingat "Mee Soto Special". Lain kali baca betui-betui, "Mee Auto Specialist". Haha..
The Journey Begin.

2 comments:

  1. ahaa!! mcm kenal jer.. dpt gak tgk bengkel abg mee nie...rindu BG..huhuhu

    ReplyDelete