Sunday morning rain is falling! Teringat lagu Maroon 5. Haha..Seriously hari ni hari ahad yang bermula hambar! Ia bermula apabila celik mata bangkit pagi, tiba-tiba teringin nak breakfast kat luar. Roti canai dan teh ais dah set dalam kepala. Cuaca pagi yang mendung membuatkan keinginan breakfast di luar bertambah kuat, actually it is my favourite weather. Dengan tak mandinya dan sempat gosok gigi, aku terus menyarung jeans, tshirt dan jacket, tapi masalahnya sekarang transport plak takde. Kereta aku roadtax tak renew lagi. Aiseh!! Ada 5 biji lagi kereta kat luar tu tapi tak semua boleh dibawa berjalan. Nak bawak kete adik aku, minyak pulak macam ade takde ade takde je. So, naik motor je lah. Masalah lain pulak, kunci motor hilang entah kemana. Carilah kunci tersebut sampai 10 minit. Nyaris-nyaris nak give up je. Rupa-rupanya aku sendiri yang salah letak kunci motor tu dalam helmet semalam. Nasib baik jumpa. Bergeraklah aku menuju ke destinasi. Haa.. sebelum tu dalam dompet aku dah kekeringan wang, so terpaksalah singgah ke Petronas berdekatan untuk cucuk duit kat mesin ATM. Sampai je, mesin ATM Maybank pulak Out Of Service. Sabar je lah. Start motor, bergerak ke Tesco yang tak jauh dari Petronas tu. Dalam Tesco tu takde mesin ATM Maybank, tapi ATM bank lain adalah. Takpelah, caj seringgit pun caj lah! Malas nak pikir dah, perut dah lapar giler ni. Masuk je Tesco terus cari mesin ATM yang ada MEPS service. Haa..nasib baik UP. Aku pun pergi la cucuk kat mesin ATM Cimb RM200. Aisehh...Transaction rejected pulak. Try Ambank, declined dan last sekali try RHB pun declined jugak. Masa ni dah tak boleh tahan dah. Kad problem ke atau MEPS problem ni. Heh! penat! Dah la kelompok mesin ATM tu jauh kat dalam Tesco. Pilihan terakhir samada nak atau taknak terpaksalah jugak bergegas ke Maybank Pengkalan yang tak jauh dari situ tapi nak dekat 1KM jugak ler. Sampai je cawangan Maybank tersebut, ramai lah pulak orang beratur kat mesin ATM tu. Lama pulak tu nak tunggu turn. Lepas 10 minit tu, bila nak buat pengeluaran, terkejut beruk aku tiba-tiba RM200 lesap dari akaun aku. Alamak! dalam hati aku tertanya-tanya, pengeluaran duit kat mesin ATM di Tesco tadi berjaya ke tak tapi rasanya takde pun duit keluar dari lubang mesin ATM tu tadi. Ni yang pelik ni! Bergegaslah aku macam mat rempit bawa motor menuju ke Tesco tadi. Dalam perjalanan tu, hujan la pulak! Arghh..redah je la. Sampai Tesco, aku terus berlari ke mesin ATM tu tadi. Alamak lagi!! ada 2, 3 aweks lepak kat situ pulak. Buat kering je la sambil merenung tiga-tiga mesin ATM tadi. Aku pun tak tau kenapa aku renung mesin ATM tu lama-lama. Macam mesin ATM tu boleh bercakap dengan aku je. Aweks tadi macam ingat aku nak pecah mesin ATM tu je, haha! dengan helmet, jacket dan aksi pelik depan diorang cukup untuk membuatkan diorang blah dari situ. Aku tengah blank masa tu. RM200 lesap dari akaun tuh! Hah! Kemudian baru la keluar idea yang bernas ibarat mentol 'Ting!' kat sebelah kepala. Nasib baik bawa telefon bimbit. Di luar Tesco kat parking motor yang sunyi tu, aku membuat panggilan aduan ke talian free Maybank Customer Service. Tapi, engage pulak! Ramainya orang buat aduan pagi-pagi ahad ni. Perut dah berbunyi ni. Sepatutnya aku dah kat kedai mamak selesai menikmati roti canai dan teh ais seperti yang diidamkan. Kesian! Bila panggilan berjaya dibuat, bercakaplah aku dengan operator Maybank Customer Service tapi time tu lah pulak orang ramai datang park motor kat situ. Yelah, time budak-budak Tesco masuk kerja, suasana kat situ terus jadi bising sangat! Tapi yang pelik tadi sunyi jer. Arghh..aku berlarilah kedalam Tesco. Ceh! ingatkan boleh bercakap dengan selesa dalam Tesco tu, rupa-rupanya lagi bising sebab diorang dah pasang muzik pulak. Tadi tak pasang pun. Alahai...pedulilah! Bercakaplah aku dengan operator customer service tu tadi dalam keadaan riuh dan bising. Bertambah-tambahlah menyakitkan hati apabila operator tu cakap kurang-kurang 2 minggu baru duit tu akan di refund kan, tu pun tak janji dan bergantung pulak pada aduan tu sama ada genuine ataupun tak! Menunglah aku bila memikirkan nasib pagi ahad ni. Berbalik pada situasi aku kat tesco tadi, dengan rasa kecewa aku terus blah dari situ menuju destinasi sepatutnya. Nasib baik tadi sempat keluarkan duit kat Maybank cawangan pengkalan, atleast dapatlah jugak merealisasikan hasrat untuk menikmati roti canai dan teh ais walaupun agak lewat sedikit. Tapi ada lagi, nasib pagi ahad ini cukup dengan segala perisa apabila kedai mamak tersebut penuh sampai takde tempat nak duduk. Jap..ada tapi kat ceruk alam restoran tersebut, agak sempit sedikit. Jadilah! Dan akhirnya dapat jugak aku menikmati roti canai dan teh ais dalam keadaan yang cukup syahdu. :-(
Based on really true story - 07/02/2010.
Haa...haha....hahahahahahaha kesian kao joy
ReplyDeletehehe.. dah nasib badan!! terima je lahh
ReplyDeleteni sb ko xmandi pagi da...ahaks2.sabo yop.
ReplyDeletemungkin kot..xmandi pagi.Haha!!
ReplyDelete