Alhamdulillah! Program Kedah/Perlis Tour 2010 pada 23 dan 24 Jan telah berjalan dengan lancar. Kami semua berkumpul pada awal pagi lagi dan bertolak pada pukul 6.30am. Sampai ke destinasi pertama iaitu Alor Setar pada pukul 10.30am, awal dari seperti yang dijangkakan. Kemudian, kami tiba di Padang Besar pada tengahari itu dan masa kami banyak habis disana apabila kami meluangkan 2 jam lebih disana. Ramai yang nak shopping tuk bini kat sana. Kesian! Perlawanan persahabatan di antara Greensis FC dengan Student UUM berlangsung lewat akibat kelewatan yang tak diduga berlaku di Padang Besar tadi. Perlawanan bermula sepatutnya pada pukul 4pm tp dianjakan pada pukul 4.30pm. Walau bagaimanapun, ketibaan kami yang lewat menyebabkan perlawanan bermula pada pukul 5.30pm. Perlawanan kami berlangsung serius di dalam gelanggang dan bergelak ketawa selepas tamat perlawanan. Tapi, apa yang pasti kami menang ke atas mereka dan tak berapa pasti apakah keputusannya. Segala program kami di sini berjalan dengan lancar kecuali PS Games terpaksa di tangguhkan akibat keletihan kesemua "kami". Kedah, Perlis negeri yang panas, dan ada diantara kami yang demam disebabkan perubahan cuaca yang mendadak. Perlis, negeri yang terlapang sekali di Malaysia dan Negeri yang mempunyai suhu panas tertinggi di Malaysia. Tetapi permandangan di sana memang menarik sangat. Walaupun panas di sana, apapun kami tetap enjoy. Terima kasih pada semua yang memberikan kerjasama menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment