Sempena hari ibu (walaupun pada aku setiap hari untuk ibu)
HARGAILAH IBU ANDA, kasih sayang mereka yang tak ternilai...
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,pakaian & keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.
Sekian, mari kita panjatkan doa kebahagian dan keberkatan buat mereka yang telah membesarkan kita dengan sempurna sehingga ke hari ini.
satu cerita yang penuh makna. kadang2 kita lupa pengorbanan seorang ibu membesarkan kita sehingga kita berjaya. kelupaan inilah yang mesti kita elakkan dan sebab kelupaan inilah adanya hari ibu yang sememangnya perlu ada setipa hari. thanks kerana mengingati - ahfizfazi (www.ahfizfazi.com/blog)
ReplyDeleteIbu ratu hatiku!
ReplyDelete