Saturday, June 16, 2012

Peluang Perniagaan Internet Anda

 Perniagaan internet adalah bukan lagi satu fenomena yang biasa tetapi kini menjadi satu fenomena yang luar biasa. Saya berani berkata begitu kerana ada beberapa faktor yang boleh saya kaitkan dengan perkembangan dunia perniagaan internet ini.
Salah satunya adalah faktor teknologi yang kini makin menjadi-jadi. Dahulu, kalau kita nak pakai internet kena pergi Cyber Cafe atau di rumah, itu pun pakai Dial-up sahaja. Kini, seperti mana yang anda tahu, internet boleh didapati di mana-mana sahaja dan yang paling hebat sekali, INTERNET KINI DIHUJUNG JARI ANDA. Zaman sekarang ni dah ada telefon pintar seperti Samsung Galaxy, iPhone dan sebagainya. Tambah lagi sekarang ni kalau nak beli telefon pintar mesti ada disertai dengan package internet. Bukan sahaja orang-orang muda yang menggunakan teknologi malah golongan berumur juga tidak mahu ketinggalan. Disebabkan oleh teknologi-teknologi canggih di zaman sekarang ini, dunia ibarat sudah menjadi semakin kecil TETAPI dunia perniagaan pula menjadi semakin MELUAS.
Faktor lainnya pula adalah disebabkan perubahan ekonomi yang mendadak. Minyak dah semakin mahal, harga barang naik dan kos kehidupan pun dah semakin tinggi tetapi bila bab gaji pula naik ala kadar je. Jadi, disebabkan faktor ini, orang mula mencuba benda yang baru untuk menambah pendapatan mereka. Ada juga yang berani mati melaburkan duit mereka ke beberapa program yang tidak sah di negara ini sama ada  secara online ataupun offline. Ada juga yang atas sebab terdesak mereka terpaksa meminjam wang dan berhutang sehingga memakan diri. Perniagaan internet adalah salah satu pilihan mereka untuk buat duit dan kini perniagaan jenis ini semakin popular di kalangan masyarakat kita dan terbukti ramai yang sudah berjaya malah ada yang sudah jadi JUTAWAN. Hebatkan perniagaan internet ini?
Selain itu, punca dari kehebatan ekonomi Malaysia meninggalkan kesan pada masyarakat kita seperti pembangunan yang terlampau dan kos sewa beli yang terlalu mahal. Macam mana nak meniaga kalau sewa kedai pun beribu. Bagi yang mampu tu tiada masalah lah untuk memulakan perniagaan conventional ini. Tetapi bagi mereka yang bergaji kecil dan ingin memulakan perniagaan untuk menambah pendapatan akan merumitkan perniagaan mereka di kemudian hari dan akhirnya berhenti separuh jalan. Hanya peluang yang tinggal untuk mereka berniaga adalah di INTERNET kerana modalnya tidak mahal. Kalau sewa Webhosting pun berapa ringgit je sebulan. Dah ada kedai sendiri dengan modal yang kecil dan boleh promosikan produk-produk mereka pada lebih dari SEJUTA pengguna internet di seluruh Malaysia.
Baru-baru ni saya ada terlihat dan tertonton di kaca televisyen tentang kisah keluarga di mana suaminya mengambil alih tugas isteri sepenuhnya seperti memasak, menjaga anak, cuci pakaian dan sebagainya. Isterinya pula bekerja sepenuh masa. Dalam fikiran saya, si suami ini mesti menjalankan perniagaan internet bagi memenuhi hak nafkah isteri dan anak-anak. Tekaan saya memang tepat, si suami ini memang aktif berniaga secara online dan mampu hidup mewah seperti yang sedia ada. HEBAT sekali penangan perniagaan internet ini.
Tetapi, kebiasaannya di mana ada gula di situ ada semut. Di mana ada duit di situlah ada pencuri dan penipu. Di dalam dunia perniagaan internet ini, kita hanya perlu lebih berhati-hati dengan setiap langkah yang kita ambil. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran palsu dan yang paling penting buat kajian dulu tentang perniagaan yang bakal kita ceburi. Dan jika perniagaan itu adalah benar dan kita tetap gagal itu tanda kekurangan dari kita. Nak berjaya, kenalah berusaha bukan sahaja di dalam dunia perniagaan internet malah perniagaan di luar sana juga.
Akhir sekali, kenali dan dalami perniagaan internet bermula dari sini. Inil adalah cadangan pensendirian dari saya buat anda yang ingin mencari peluang berjaya dalam PERNIAGAAN DI INTERNET.

klik sini untuk MULA BERNIAGA DI INTERNET

No comments:

Post a Comment