Salam
Hari ini 17 Ramadhan 1430 bersamaan 7 September 2009. Masa cepat berlalu tanpa kita sedari, Alhamdulillah, sudah masuk hari yang ke 17 berpuasa penuh. Pelbagai ujian yang telah kita lalui dan akan kita lalui setiap masa. Pada bulan Ramadhan ini, bulan pengampunan dan juga bulan untuk kita mencipta perubahan. Perubahan yang dimaksudkan ialah bulan untuk kita upgrade diri kita termasuklah jiwa dan rohani. Maklumlah, syaitan dah terikat dan inilah masanya untuk kita hapuskan sarang-sarang mereka di dalam diri kita supaya apabila selepas ramadhan nanti perubahan yang kita cipta itu akan terus kekal. Sama-samalah kita berubah untuk menghadapi masa kelak kerana ujian demi ujian akan berubah mengikut usia dan keadaan kita. Post ini hanya persinggahan sebentar disebabkan masa untuk edit dan review blog ini terhad. Semoga akan ada post-post seterusnya dan semoga bertambahlah pelawat-pelawat blog ini. Sekali lagi "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa". Mari menuju kebaikan!
Yang lemah datangnya dari blog dan ownernya dan yang baik-baik itu datangnya dari Allah S.w.t.
No comments:
Post a Comment