Monday, July 13, 2009

Blog untuk semua

Salam,

Dah masuk bulan Julai tahun 2009 bersamaan bulan Islam bulan Rejab tahun Islam tahun 1430. Lagi sebulan dah nak masuk bulan Puasa dan lepas tu Raya dan lepas Raya kena prepare pulak untuk ...(rahsia), insyaAllah. Anyway, dah nak masuk 5 bulan aku jadi blogger, tapi masih blogger level 1 la. Kepada para-para newbie dalam berblog ni, make sure la anda ada topik yang boleh dikongsikan terlebih dahulu sebelum create blog anda sendiri. Pelbagai topik yang boleh dikongsikan bersama contohnya seperti cerita dongeng ke, cerita pasal produk-produk anda ke, cerita pasal kawan anda ke, cerita lawak ke, atau something yang boleh dimanfaatkan bersama seperti peluang kerjaya, informasi-informasi, cerita dan tauladan dan macam-macam lagi. Betui tak roket saintis? ikut contoh blog roket saintis ni, cerita-ceritanya semua benar-benar belaka dan banyak ilmu yang boleh diperolehi dari beliau. Atau anda boleh buat blog untuk kesatuan atau kelab yang aktif bergerak seperti blog tikacuma. Segala aktiviti-aktiviti yang sudah atau akan dilangsungkan boleh dipamerkan di blog. Am i right mr khekai? :>. Aku pun satu lagi blog produk untuk dipromotekan di sini iaitu Rahsia 9 Akal 1 Nafsu. Siapakah golongan yang mempunyai 9 AKal 1 Nafsu? dan Nak tau apakah rahsianya, silalah ke sana tanpa segan silu. Tapi digalakkan bagi orang yang dah berkahwin sahaja. For your information, owner blog ni sebenarnya pun belum kahwin lagi tapi dia hanyalah penyedia blog tersebut dan segala urusan jual beli dan perunding produk adalah orang yang sudah berkahwin.
Tahukah anda melalui blog anda dapat menjana duit secara online? Yah..sudah pasti anda tahu bukan? Apa-apa pun, bagi yang otai-otai kat luar sana, kalo anda ada informasi berkenaan blog for money bolehlah post komen di sini untuk dikongsi bersama. Banyak lagi yang kita akan dapat manfaatkan bersama jika setiap blogger menyerap informasi-informasi yang terbaik dan berkualiti ke dalam blog mereka. Aku memang suka baca blog-blog kepunyaan orang lain dan pelbagai informasi yang aku kumpul sehingga ke hari ini. But, to be honest, so far there is no duplicate content dalam blog aku kecuali berita-berita yang dipetik dari akhbar online, yang lain semua adalah original and no spicy. Maaflah jika post kali ni agak tunggang langgang sikit sebab nak cepat. heh! bila nak cepat macam ni la jadinya, bila dah jadi macam ni baru la sedar apa la yang aku post ni..huhu! Anyway again, ada informasi yang aku selitkan dalam post ni. Harap dapat kongsi bersama. Salam.

No comments:

Post a Comment