Monday, February 28, 2011

Meet Direct Seller at Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, bandaraya yang kini kian berkembang pesat dan terus menerus menjadi tempat tumpuan bukan sahaja orang Malaysia sendiri malah menjadi tempat tumpuan kepada pelancong-pelancong asing juga. Kuala Lumpur, tempat di mana aku dapat melihat pelbagai ragam manusia di setiap pelusuk ataupun ceruk bandar tersebut. Macam-macam gelagat yang aku tengok sepanjang aku berada di Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu. Kalau sebut pasal jam(sesak), Kuala Lumpur lah nombor satu. Ketika berada di tengah-tengah kesesakan, di situ juga aku dapat rakamkan pelbagai gelagat manusia.
Haa.. Aku nak pesan sikit pada sesiapa yang nak pegi KL, kalau pakai GPS tu janganlah letak alat GPS tu disebelah kanan stereng kereta sebab aku pernah lihat peragut ambil kesempatan di tengah-tengah kesesakan apabila peragut tersebut berjaya meragut sebuah kereta melalui tingkap yang terbuka luas. Nak kejar, minta maaflah, kereta nak mencelah ikut mana kan?!! Kejadian tu betul-betul di depan kereta aku. Kalau nak letak pun, tutuplah tingkap kereta korang dahulu. Termasuklah bagi sesiapa yang dok asyik pegang handphone dalam kereta, hati-hatilah ketika berada di Kuala Lumpur.
Sebut je pasal Kuala Lumpur dan ragam manusia di sana, Aku ada cerita yang nak dikongsikan.
19hb Feb 2011 (Sabtu), di Platinum walk Setapak Kuala Lumpur, di mana hari tersebut adalah hari pengajian isteriku di banggunan KLMU. Seperti biasa, selesai sahaja hantar isteri aku, aku pun melepak di kedai mamak di kawasan tersebut seorang diri untuk menikmati sarapan lewat pagi. Ketika itu, aku perhatikan gelagat orang di situ dan kebanyakannya adalah student. Aku perasan seorang mamat ni dok berlegar-legar di sekitar kaki lima kedai sambil membawa buku-buku ilmiah untuk dijual. Owh..Direct seller!! Aku memang nak dah agak dah mamat ni mesti akan datang kat aku. So, aku standby untuk reject je lah sambil perhatikan mamat ni dok sibuk promote kat orang lain di sekitar kedai mamak. Sampai je turn aku, aku biarkan dia promote dahulu. Bila dia habis je bercakap, aku terus je mencelah dan terus terang dengan mamat ni bahawa aku tak berminat dengan produk yang dia tawarkan. Kena pulak buku ilmiah itu lebih sesuai kepada kanak-kanak dan kebetulan aku pun belum ada anak lagi. Tanpa melengahkan masa, mamat direct seller ni terus minta diri dan beralih ke meja lain pulak. Aku merasa lega dan berharap supaya tidak ada lagi orang akan datang jual apa-apa kat aku.
Yang bestnya pulak, mamat tadi datang balik dan duduk depan aku, satu meja pulak tu. Arghh.. Kacau betui la. Ingat nak layan blues sesorang je tadi, mamat ni pulak dok teringin nak berkenalan dengan aku. Dikatanya muka aku macam muka artis. Ceh!!!! "Muka abang ni macam familiar je, muka kebiasaan kelihatan kat TV" kata mamat tu. Aku pun layan je la. Memang kalau dah jadi direct seller ni memang tak tau penat bercakap. Bercerita pulak kisah silam dia, asal usul dia dan kisah-kisah angkat bakul sendiri pun ada. Kononnya sepanjang jadi direct seller ni, asyik kena kacau dengan perempuan je. Ramai peminat la tu. Kebetulan aku tengah lapar, aku pun dok fokus pada proses pemakanan aku sambil telinga mendengar ceciter-ceciter mamat direct seller tersebut. Katanya asal Singapura, mak bapak cina kawin india tapi dia melayu. Baron mamat ni. Apabila dia tengok aku makan sedap, dia pun buat muka kucing. Dengan baik hatinya, aku offer la mamat ni makan tapi dia kata takde duit. Takpelah, aku belanja dia lah. "Mamak, bagi Maggie goreng dengan teh ais satu!!". Order mamat ni dengan segera. Laju je order selepas mendengar aku belanja. Rokok aku pun dah dua batang dia paww. Aku pun sabar je la masa tu. Kesian pulak. Duit yang dia peroleh dari jualan buku-buku tadi memang tak boleh pakai walau seSen sekalipun. Kira mamat ni mementingkan integrasi la ni. Bagus-bagus! Aku dan mamat direct seller ni semakin rancak bersembang dan sedar tak sedar, rokok aku pun rancak jugak dia paw. Tiba-tiba aku jadi was-was apabila dia tersentuh bab duit lebih ketika membuat jualan buku-buku ilmiah. Mamat ni sebut yang dia berkemungkinan boleh dapat duit tepi daripada jualan tersebut dan duit tersebut boleh digunakan untuk kegunaan sendiri. Selalunya, ia datang dari pelbagai cara, samada dari lebihan duit jualan, tips. mark up price dan sedekah dari orang lain. Aku pun melanjutkan soalan perangkap pada dia, "Hari ni ada dapat tips tak?" dan dengan lantas mamat tu menjawab "Ada!!". Tanpa melengah masa, aku panggil mamak untuk kira (settlekan bil table) sebab aku nak blah dari situ. Mamat direct seller tu mengucapkan ribuan terima kasih pada aku dan aku tersenyum hampir-hampir nampak kesinisannya dan lalu aku membalas "Kalau niat ko betul maka Alhamdulillah kalo tak paham-pahamlah!!". Itulah ucapan penutup aku. Tapi yang bestnya, dia pun ada penutup sebelum aku blah,
"Bang!! Boleh minta rokok sebatang lagi??"

Hari tu memang hari aku kena paw dengan Direct Seller la.

No comments:

Post a Comment