"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai!"
"Jangan bermain dengan api kelak membakar diri!"
Begitulah pepatah yang kerap kedengaran ketika ingin mencuba sesuatu yang baru. Mencuba sesuatu yang baru tidak ada salahnya tetapi apa sahaja musibah yang akan dilalui selepas itu tidak perlu dikesali tetapi sebaliknya haruslah dijadikan iktibar dan pengajaran. Jika berani memcuba maka mestilah berani menanggung risikonya. Orang yang mencuba jalan ini adalah orang yang mempunyai matlamat yang tinggi dan pandangan yang jauh. Dirinya merasa tidak cukup dengan hanya berdiam diri atau melakukan sesuatu yang sama berulang-kali. Jiwa yang amat tertekan dengan aliran kehidupan yang terlampau normal. Maka, pemberontakan berlaku dalam dirinya secara senyap dan perlahan-lahan memakan diri sehingga menggalakkan pendekatan yang mendalam dan pantas terhadap sesuatu yang baru. Semua ini terjadi kerana ketidakserasian diri terhadap persekitaran yang sedia ada. Kadang-kala, perubahan berlaku tanpa disedari. Tetapi apa sahaja perubahan yang akan dilalui, biarlah berpegang kepada asas kehidupan di atas muka bumi yang sementara ini agar landasan kehidupan yang sedia ada masih menuju ke destinasi yang betul. Jika ingin mencuba sesuatu yang baru, biarlah jelas bahawa ianya tidak akan memudaratkan mana-mana pihak. Buat sesuatu untuk kebaikan dan bukan untuk kerosakan.
No comments:
Post a Comment