Friday, August 14, 2009

Influenza A (H1N1)

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1). Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia. Virus influenza A (H1N1), virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.
Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.
Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
H1N1, ianya mengancam nyawa manusia di seluruh dunia ketika ini. Virus ini semakin lama semakin menjadi - jadi terutamanya di negara kita sendiri. Jadi, kita perlu educate diri kita sendiri untuk mencegah jangkitan virus tersebut.Antara langkah - langkah yang perlu kita ambil tidak kira di mana sekalipun kita berada adalah seperti membasuh tangan sebelum atau selepas membuat apa sahaja aktiviti, batuk atau bersin dengan menutup dengan sapu tangan dan menggunakan pelindung mulut setiap masa di pejabat, shopping complex atau di mana sahaja.

Source - http://h1n1.moh.gov.my

No comments:

Post a Comment