Sunday, August 28, 2011

Alip & Uni (Projek Animasi Raya Via iPhone4)



Alip & Uni.
Video ini telah dimuat turunkan dari software iPhone4, animation creator. 90% siap direka melalui Animation Creator dan 10% dipasang dengan bantuan software PC, VideoPad Editor sebelum dimuat naikkan ke Youtube dan Blogger. Layanzz.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir sekiranya saya telah melukakan diri anda di tangan, badan atau sebagainya.
Maaf batin sekiranya saya telah melukakan hati anda atau sebagainya.

Hayatilah video ini, khas buat anda semua.

joy
ceciter.blogspot

Tuesday, August 23, 2011

Lailatulqadar

Rahsia malam istimewa disembunyikan supaya mukmin buat amal tanpa pilih hari tertentu

RAMADAN, bulan penuh keberkatan dan dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan iaitu 83 tahun. Malam lailatul qadar yang dicari setiap kali Ramadan adalah anugerah terbaik dalam kehidupan manusia.

Sedarkah kita Allah telah memuliakan umatnya pada malam lailatul qadar yang mempunyai kelebihan kerana malam itu menyaksikan turunnya al-Quran al-Karim.
Menurut pandangan sebahagian ahli tafsir, al-Quran diturunkan sekali gus ke Baitulizzah di langit kedua pada malam lailatul qadar. Manakala al-Quran diturunkan ke bumi dan diterima oleh Rasulullah SAW melalui Jibril sebagai wahyu beransur-ansur selama 23 tahun. Bagi orang yang beriman, malam itu adalah peluang untuk mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadah. Bahkan mereka berlumba-lumba bangun di malam hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (lailatul qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatul qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadar, ayat 1-5)

Memasuki fasa ketiga bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita gunakan peluang dan tawaran berharga ini bagi menambah bekalan akhirat. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan yang mempunyai banyak kelebihannya.

Lailatul qadar malam ditunggu-tunggu mereka yang menginginkannya kerana berlaku pada satu malam saja sepanjang tahun. Beruntung siapa yang memperolehnya dan rugi yang melepaskannya.
Selain kelebihan beramal, malam Lailatul Qadar juga memperjelaskan segala urusan hidup manusia dengan penuh hikmah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku. Iaitu perkara dari sisi Kami; sesungguhnya Kamilah yang mengutus Rasul-rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jugalah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Dukhan, ayat 3-6)

Berdasarkan ayat itu, sesetengah ulama berpendapat Allah telah menentukan rezeki, qada’ dan qadar ke atas segala makhluk-Nya selama setahun. Justeru, tidak pelik mengapa rahsia kedatangannya di sembunyikan Allah kepada kita.
Menurut Imam al-Razi, antara rahsia disembunyikan malam lailatul qadar supaya umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadan tanpa memilih malam tertentu saja.

Bimbang umat Islam tidak berusaha merebutnya dengan amal ibadat walaupun ditetapkan malam tertentu, atau pun dia melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah.

Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari lailatul qadar sehingga mampu memperbanyakkan ibadat lalu memperoleh pahala daripada kesungguhannya itu. Melahirkan umat yang menghidupkan malam Ramadan dengan harapan bertemu lailatul qadar sehingga meningkat amal solehnya.

Lailatul qadar mengukur kekuatan iman dan takwa umat Islam selama ini. Walaupun ulama berbeza pendapat dalam menentukan waktunya, namun pendapat paling kuat berdasarkan hadis diriwayatkan Aisyah bermaksud: “Cari malam lailatul qadar di malam ganjil 10 hari terakhir Ramadan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Persoalan timbul di sini ialah bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan lailatul qadar? Rasulullah SAW menggariskan beberapa langkah kepada umatnya supaya berusaha sedaya upaya mendapatkan lailatul qadar ini.

Menurut Imam Bukhari dan Muslim, Saidatina ‘Aisyah meriwayatkan yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah) dan uzlah dari isteri-isterinya.”

Petikan bharian 23/08/2011 untuk dikongsi bersama.

Wednesday, August 17, 2011

Levi's & Dockers For Sale

There are few Levi's & Dockers items for sale. Items are definitely original. The sale period for the current listed stock is one month and later there will be another stock coming in. So, get your view at here or at my facebook. Thanks.
Levi's Short Sleeve RM55.00 each Size MLevi's Tshirt RM45.00 each Size M
Dockers Short - RM65.00 each Size 32
Dockers Belts RM55.00 each
Dockers wallet with box RM70.00 eachLevi's Wallet without box RM58.00 Levi's wallet and belt with red box in one set. But the box looks old a bit. Recently, I had sold it RM120 and the box still in good condition. This sell it at RM110. Levi's bag RM120.00 Item Sold.

Levi's & Dockers for sale for facebook view.

If interested to buy. Hit me here for the deal.

These items is open for Malaysian only. Thanks.

Saturday, August 13, 2011

Guest

Salam,

Firstly, we are still in the holy Ramadhan 1432 and journeys is already on the half line. We are celebrating 2 guests accordingly starting beginning of this month. Ramadhan is the first guest that we should celebrate on the top and later only after Ramadhan leave us, we will celebrate the next guest, Syawal. Don't get too excited to celebrate guest behind but the earlier guest we ignore. What will it feels?