Wednesday, October 10, 2012

Broga Hill 2012

Pernah dengar Broga Hill? Baru-baru ni aku dah ke sana bersama 4 rakan yang lain. Broga Hill ni terletak di kawasan Semenyih dan bersebelahan dengan Gunung Tok Wan. Ia menjadi tempat riadah dan rekreasi yang popular di kalangan orang Nogori dan juga orang bandor. Aku dan 4 rakan yang lain datang dari Perak menyertai payung besar kelab Kembara Maybank. Kelab kembara ini pernah bawa aku ke Gunung Kinabalu suatu ketika dahulu. Kelab kembara yang disertai lebih dari 20 staff yang berbeza cawangan diseluruh Malaysia tiba di Broga Hill pada 6 pagi di mana kami berlima sudah berada di puncak tertinggi pada waktu tersebut. Broga Hill ni ada 4 puncak dan perjalanan ke tiap-tiap puncak boleh dikira mencabar juga la. Permandangan yang menarik, cuaca pagi yang sejuk dan udara yang menyamankan. Sujud kami di atas mensyukuri ciptaanNya.
Suasana yang menenangkan itu mula pudar apabila didatangi beberapa kumpulan student muda-mudi yang terlalu ghairah dan riuh. Biasa la budak-budak baru nak matang. Ketenangan di puncak Broga Hill telah pun lesap apabila ramainya orang yang mendaki ke atas tak putus-putus sehingga ruang-ruang legar di puncak bertambah padat. Kami rasa ibarat di pasar minggu pula.
Pelbagai golongan yang mendaki Broga Hill ini dari bayi hinggalah ke orang tua, yang berselipar jepun hinggalah yang sempurna peralatan mendakinya, baik lelaki mahupun perempuan, orang tempatan mahupun orang asing dan yang naik satu keluarga pun ada. Ramainya atas sehingga memberi perubahan suhu yang mendadak dan akhirnya kami turun. Tapi, yang menariknya, nak turun pun kena beratur. Tempat ni memang boleh dikira menarik tetapi terlampau ramai sangat yang mendaki ke atas dan itu adalah sebab di mana aku dan 4 rakan yang lain tak akan datang lagi. Sesiapa yang nak pergi, boleh la cuba..

No comments:

Post a Comment